Tajuk: 7 Hari Mencintaiku
Harga: RM 32.90(S/M) , RM 35.90 (S/S)
ISBN: 9789675822018
Mukasurat: 1050 Halaman
Harga: RM 32.90(S/M) , RM 35.90 (S/S)
ISBN: 9789675822018
Mukasurat: 1050 Halaman
Drama adaptasi novel terbaru berjudul 7 Hari Mencintaiku bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama ini diadaptasikan daripada novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah yang bakal menampilkan gandingan hero dan heroin yang popular iaitu Shukri Yahaya Sebagai Khuzairi dan Siti Saleha Sebagai Mia Adrina. Gandingan yang kelihatan sepadan dan sesuai ini pasti membuatkan penonton dan peminat drama melayu ternanti-nanti dan tidak sabar untuk menonton drama ini, lebih-lebih lagi drama ini ditayangkan di slot akasia tv3. Diharap juga gandingan ini akan dapat mencipta keserasian dan magik untuk memikat hati penonton drama melayu untuk mengikuti drama ini sehingga tamat.
Sinopsis 7 Hari Mencintaiku
Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.
Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?
No comments:
Post a Comment