Lazada Malaysia

Sunday, June 29, 2014

Novel terlaris dipasaran - Tuan Rumah Pembantu Rumah



Butiran

Tajuk : Tuan Rumah Pembantu Rumah

Pengarang : Orkid Edyliyne
Penerbit : Fajar Pakeer
ISBN : 978
Status Stok : ADA
Harga : RM21.00

Sinopsis Kulit Buku Tuan Rumah Pembantu Rumah

Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi? "

-Selamat membaca-

Friday, June 27, 2014

Novel terlaris dipasaran - Kerana Terpaksa Ku Relakan



Butiran

Tajuk : Kerana Terpaksa... Aku Relakan 


Pengarang : Umie Nadzimah
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 9789670246277
Status Stok : ADA
Harga : RM27.00


Untuk maklumat lanjut, novel ini merupakan novel yang terlaris di pasaran sekarang dan kini ia sudah diadaptasikan kepada drama menerusi slot Akasia TV3 dengan judul yang sama


Sinopsis Kulit Buku Kerana Terpaksa Aku Relakan

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan
sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya
apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari
seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat
tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak
punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin
bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu,
dengan abang tak kata pun?―- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama.
Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan
keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan
yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?― – Indah
Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu
berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?― – Tajul Razin

-Selamat Membaca -



SELAMAT DATANG KE KAKI BUKU ONLINE


Assalamualaikum

Blog ini diwujudkan adalah sebagai satu flatform untuk berkongsi ilmu berkaitan buku-buku yang ada dipasaran.
Pihak kami jugak menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara "Online" untuk pencari buku yang mungkin tiada masa untuk ke kedai buku. Hanya order, bayaran dan tunggu buku sampai ke pintu rumah anda.

Sekian, terima kasih

Admin
Nas2419